I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Islamic Clock

Tuesday, December 18, 2012

PMR bagi ku

Teringat semasa mengambil keputusan PMR , pada pagi hari itu hanya mengambil sedikit sarapan.. menu yang mak sedikan hanya roti telur sahaja, hati gundah gulana debaran makin terasa fikiran hanya memikirkan keputusan PMR pada masa itu. ayah menghantar ku ke sekolah tepat jam 9.30 pagi , ku berjalan ke arah dewan sekolah melihat teman-teman seperjuangan berada disisi guru kelas. Degupan jantung ku berdegup dengan kencangnya. ku terus menuju ke arah guru kelas untuk mengambil wasiat yang sangat penting pada masa itu. Guru ku semak setiap helaian keputusan PMR, nama ku berada di tegah senarai nama kelas. Guru ku menyerahkan wasiat tersebut kepada ku. tidak ku duga keputusan ku tidak sebaik apa yang ku impikan. ku berdiam diri seketika dihadapan guruku. kawan-kawan ku sibuk dengan keputusan masing-masing. Ada yang gembira ada juga yang berduka. Tetapi bagi ku hanya duka yang merana. Ku terus berlari dengan kesedihan yang teramat menuju ke pintu hadapan sekolah untuk bertemu ayah ku yang sentiasa menemani ku. ku menunjukkan keputusan PMR ku kepada ayah ku. Ayah ku hanya berkata ' Tak apa dik SPM ada lagi , dik boleh buat yang terbaik untuk SPM nanti'. kata-kata itu memberikan semangat baru kepada ku untuk terus melangkah ke hadapan. Titisan air mata mula menghilang di sebalik pandangan ku. SYUKUR ALHAMDULILLAH KEPUTUSAN SPM KU , KU KATA KAN TERBAIK BAGI KU

Kepada rakan-rakan yang esok mengambil keputusan PMR semoga berjaya, yang kurang berjaya jagan risau SPM ada lagi !!!

1 comments:

fadh said...

tak apa zahin. pertama sekali, apa yang jadi ada hikmahnya. yang keduanya, nak berjaya, kalau tak gagal sekali dua atau berapa kali pun, tak terasa cabarannya.

Post a Comment

There was an error in this gadget