I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Islamic Clock

Monday, October 15, 2012

Sajak 'SEMANGAT KITA'


SEMANGAT KITA

Ku lihat payung yang cantik di atas jendela
Buatannya kemas dan teliti
Ku cuba memegangnya
Tetapi...
Hembusan udara melambai-lambai membawanya pergi

Ku termenung seketika
Akan keadaan hari esok
Di mana letaknya semangat berkobar-kobar
Jeritan yang berderu kuatnya
Perpaduan , perpaduan, perpaduan...

Adakah semangat itu membolehkan diri ku lebih dewasa?
Terbukti, terbukti ,terbukti...
Semangat perpaduan ku genggam dengan eratnya
Konsep 1 Malaysia terbukti terlaksana
Wawasan 2020 hampir kemuncaknya
Menjamin masa depan negara.

Ayuhlah bangkit rakyat Malaysia!!!
Masa belum terlambat untuk kita
Berkonsepkan semangat perpaduan
Mencanang misi kerajaan
Bercirikan amalan mulia
Untuk menjamain negara maju dan berjaya

Masa berlalu pergi
Meninggalkan 1000 erti
Hanya kita yang mampu mengerti
Mencorakkan masa depan negara
Untuk generasi anak-anak kita
kerana semangat 'Malaysia Boleh' terus bergema.


Karya
Zahin Cool IPG 

1 comments:

Unknown said...

sejak jadi penyajak ni bukan main dye.. btw, excellent job, keep it up..o__o

Post a Comment