I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Islamic Clock

Monday, December 13, 2010

PUDING ROTI UBI KAYU ZAHIN


BAHAN-BAHAN

  1. 600ml air
  2. 10gm agar-agar
  3. 400ml susu cair
  4. 200gm ubi kayu
  5. 1 cawan gula kastor
  6. 3 biji kuning telor
  7. 2 keping roti putih
  8. 2 sudu kecil esen vanila
  9. choklet cip secukupnya
  10. 1 sudu kecil garam
  11. krim secukupnya


CARA-CARA MEMBUAT

  1. Rebus ubi kayu sehingga empuk
  2. Masak agar-agar dengan air
  3. Lenyekkan ubi kayu bercampur garam
  4. Ambil roti,susu cair,gula kastor,kuning telor dan esen vanila blendar kan sehingga sebati
  5. Masukkan adunan yang di blendar tadi ke dalam agar-agar yang mendidih -kacau selama 5 minit
  6. Masukan adunan kedalam acuan selapis demi selapis derselang seli bersama-sama ubi kayu yang di lenyek
  7. hiaskan dengan choklet cip dan krim

BEBOLA UBI CHOCOLATE IBU


BAHAN-BAHAN MEMBUAT

  1. 500gm ubi kayu
  2. 200ml air
  3. garam secukupnya
  4. 2 sudu besar gula kastor
  5. 1 sudu kecil esen vanila
  6. 1 sudu besar susu pekat

CARA MEMBUATNYA

  1. Rebus ubi sehingga empuk
  2. Cairkan chocolate
  3. Lenyekkan ubi dengan gula ,esen vanila ,dan susu pekat sehingga menjadi doh
  4. Ambil sedikit demi sedikit adunan ,jadikan bebola
  5. Celupkan bebola kedalam chocolate yang di cairkan
  6. Susun bebola dan sejukkan 
  7. Siap di hidangkan
There was an error in this gadget